Monday, April 21, 2008

Penyerap Hentakan Rosak Boleh Menyebabkan Kemalangan Dan Kehausan Pada Tayar


Ketika memandu, pernahkah anda mengalami kereta melantun terlalu kuat apabila termasuk ke dalam lubang atau bonggol jalan? Kereta akan terasa melantun-lantun lebih daripada sekali sebelum kembali ke posisi yang asal.

Ada ketikanya kereta terasa membuai-buai dan sukar dikawal pada kelajuan tinggi di lebuh raya. Pemandu akan sering membetulkan posisi stereng ketika sedang mengambil selekoh. Situasi ini ada kaitan dengan penyerap hentakan atau ‘shock absorber’. Apa yang pasti ia adalah salah satu kompenan terpenting kenderaan yang membabitkan keselamatan dan keselesaan memandu. Penyerap hentakan yang rosak boleh menyebabkan kerosakan lain pada kenderaan dan di dalam kes yang lebih serius, mampu menyebabkan kemalangan. Pada kelajuan tinggi, kereta akan terasa bergerak tidak lurus dan anda terpaksa membetulkan kedudukan stereng terlalu kerap (OVER-CORRECT). Kereta juga akan terasa seperti “terapung” di atas jalan raya. Ini bermakna penyerap hentakan telah rosak dan perlu diganti dengan segera.

Cara mengenal pasti kerosakan penyerap hentakan kereta anda.

1. Tekan dengan kuat pada setiap sudut yang mempunyai penyerap hentakan dan lepaskan. Jika ia tidak kembali ke kedudukan asal ataupun ia tidak turun sewaktu ditekan, ini bermakna penyerap hentkan telah menjadi terlalu keras atau telah tersekat akibat tiada atau kurang pergerakan pada piston rod di dalam penyerap.

2. Anda juga boleh memeriksa secara visual pada penyerap hentak sehinggalah ke tapak pegas. Jika anda gunakan penyerap hentakan gas, ia masih akan mengeluarkan minyak jka bocor kerana penyerap hentakan jenis ini menggunakan minyak sebagai pelincir.

a. Yang paling penting adalah untuk membezakan lelehan minyak dengan wap gas yang mengumpul habuk pada penyerap hentakan kerana wap gas tersebut adalah normal dan bukannya tanda kerosakan.

3. Tayar yang kelihatan tidak rata dan berbonggol, membuktikan bahawa tayar kereta anda mendapat sentuhan pada jalan raya dengan tidak sekata. Ini juga bermakna bahawa system penyerap hentakan kereta anda (damper) telah gagal menolak atau menampung sentuhan tayar (contact-patch) secara sekata.

a. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk menukar penyerap hentakan kereta anda dan menggantikan tayar yang telah rosak demi keselamatan anda

Article contributed by AAM

1 comment:

awangrosli said...

assalamualaikum saudara tok deaan..terima kasih kerena sudi kongsikan info..