Saturday, March 29, 2008

Suspension

Suspension ialah asas mekanisme system hidraulik yang mengawal getaran spring, ia sebenar bukan menanggung keseluruhan bebanan atau mengembalikan kedudukan asal selepas pergerakan ke atas dan ke bawah, pembalikan Cuma boleh dibuat oleh spring sahaja. Oleh itu badan kenderaan “body” terletak diatas spring dan “suspension” yang mengawal pergerakan apabila spring menerima tekanan disebabkan oleh bonggol yang menyebabkan ia bergetar. “Suspension” mengawal pergerakan spring dalam kesemua arah ketika spring termampat atau ketika spring mengembang dan jumlah rintangan yang diperlukan dalam tiap-tiap arah “up-down” ditentukan oleh jenis dan saiz kenderaan tersebut.

Mengesan Kerosakan Pada Suspension

  • Ketika anda sedang memandu kenderaan dan melanggar lopak atau bonggol, kenderaan anda akan bergegar dan kurang selesa. Ia adalah kerana “suspension” sudah tidak berfungsi (hilang keanjalan).

  • Jika anda sedang memandu sambil mengambil selekoh tiba-tiba terasa kenderaan anda hilang kawalan dan tidak stabil, ini kerana “suspension” tersebut terlalu lembut, ini adalah kerana spring telah hilang keanjalan.

  • Sekiranya anda mendapati tayar kenderaan anda menjadi tidak rata serta cepat haus ia adalah kerana ‘absorder’ dan spring tidak berfungsi dan menyebabkan segala gegaran akan diserap oleh tayar.

  • Sekiranya terdapat bunyi seperti belagar (besi) ia adalah berkemungkinan “bush absorber” dan spring tidak menyerap gegaran antara casis dan spring.

  • Sekiranya terdapat kerosakan berikut sila rujuk pada bengkel berdaftar atau pusat servis yang berdaftar.

Cara-Cara Penjagaan “Suspension”

  • Untuk menjaga “suspension” anda tidak membawa bebanan yang berlebihan mengikut saiz dan jenis kenderaan.

  • Sekiranya anda kerap membawa muatan pastikan anada membuat pemeriksaan pada “suspension” dan menggunakan “absorber” serta spring yang bersesuaian untuk tugas tersebut.

  • Untuk menjaga “suspension” serta rim dan tayar, elakkan daripada melanggar lopak dan lubang serta tidak melalui jalan yang tidak rata.

  • Sentiasa memastikan penjajaran tayar kenderaan di dalam keadaan baik

Article contributed by AAM

No comments: